Untuk masuk Kolej Vokasional yang dikenali sebagai KV,
pastikan seorang pelajar itu betul2 minat dan betul2 rajin. Bukannya ikut kawan. Jika korang ikut kawan yang malang kau juga sebab kawan tu memang minat program itu.


Di KV, ramai
pelajar yang kecundang tengah jalan sebab tak minat dan tak rajin. Sebab:
1. Bila tak
minat, jadi malas.
2. Bila malas,
kerja tak siap dan bertangguh, serta tak boleh nak catch up.
3. Bila kerja tak siap, markah PB (Pentaksiran Berterusan, 70% utk mata pelajaran vokasional, 30%
untuk mata pelajaran akademik) rendah. Bila tak mencapai tahap minimum, teus gagal PB.
Kalau dah Gagal PB, sia2 je datang exam akhir, sebab pointer akan gagal jugak.
Pelajar KV
bukan automatik dapat diploma. Diorang kena lalui 2 tahun sebagai pelajar SVM
(pradiploma atau pelajar sijil), bila lulus dengan minimum 3 kredit (2 kredit
Vokasional, 1 kredit lagi lulus BM setara SPM), baru ditawarkan ke peringkat DVM
(Diploma).
Itu pun,
bergantung pada prasyarat program. Ada program yang pelajar wajib lulus
Matematik, ada yg wajib lulus BI, baru ditawarkan ke DVM. Dan diorang wajib lulus
satu kursus khas bernama Core Abilities (CA). Core Abilities (CA) ini macam belajar cara berkomunikasi, macam mana suasana di pejabat dan berkaitan.
Bermakna untuk
layak ke DVM, wajib:
a)Lulus
matapelajaran vokasional minimum 2 sem (1 sem = 1 kredit)
b)Lulus BM setara
SPM
c)Lulus CA
d)Pointer minimum
2.67 Vokasional dan 2.00 akademik.
Untuk korang yang nak tahu tentang sistem pembelajaran di KV,
Pelajar sijil
wajib menghadiri sesi PDPC dari jam 8-5 (rehat jam 1), manakala pelajar
diploma, jadualnya agak relax kebanyakannya paling lewat akan habis kelas jam
4. Tapi ni pun bergantung pada program. Sebab setiap program, tak sama jam kredit.
Pelajar masih ambil matapelajaran akademik :

Untuk SVM :
a)BM (setara SPM)
b)Sejarah (setara
SPM)
c)BI
d)Maths
(Teknologi atau Sosial, bergantung pada program)
e)Sains
(Teknologi atau Sosial, bergantung pada program)
f)Agama/Moral
g)PJ
h)Core Abilities
(macam pelajar SKM di ILP)
Untuk DVM :
a)Pengajian Am
b)Bahasa
Komunikasi (Arab/Mandarin)
c)Matematik
(bergantung pada program)
d)Sains
(bergantung pada program)
e)BI
f)Beberapa
mata pelajaran lagi bergantung pada program yg diambil.
Tapi kena tahu
juga, yang SEMUA pelajar DIWAJIBKAN untuk terlibat dlm SEMUA aktiviti kolej,
tanpa mengira SVM atau DVM. Yuran PIBG, dan asrama pun tiada perbezaan utk
pelajar SVM atau DVM.
Kurikulum di KV
tak sama dengan SMK. Kami tak guna buku teks sekolah, melainkan BM dan Sejarah.
Contohnya Akaun, pelajar bukan diajar prinsip, tapi pelajar terus didedahkan dengan
cara utk buat kitaran perakaunan terus. Daripada proses kutip dokumen (pelajar
akan pegang dokumen), pemfailan, hinggalah tutup akaun. Dan di peringkat
diploma, pelajar akan belajar cara mengaudit akaun yg diorang dah buat tu.
Pelajar KV
jugak kena sangat2 rajin. Sebab mcm saya sebut kat atas, diorang ada PB. PB ni
diuji dlm kelas, amali dan teori. Soalan2 yang digubal dipantau oleh pegawai dari
Lembaga Peperiksaan sendiri dari semasa ke semasa.
Jadi tiada alasan kata KV tak
diiktiraf. Pelajar yang kerap tak hadir, akan ketinggalan banyak benda,
terutamanya ujian PB. Bila tertinggal, maka gagallah dia.
DVM pulak,
syarat2 macam dekat Universiti Awam (UA) applied di sini. Contohnya kehadiran minimum 80% dan sebagainya.
Selain dari tu,
kena tau juga, walaupun pelajar KV dah boleh masuk IPTA, tapi sasaran KV adalah
untuk menghasilkan 70% graduan BEKERJA, bukan untuk sambung degree terus.
Kalau nak
sambung study, kami akan sarankan pelajar untuk sambung SKM 4 dan 5 berbanding
degree, sebab degree lebih kepada teori, berbanding SKM, kurikulumnya lebih
sepadan dengan pelajar KV.
Pelajar KV tiada SPM?

Pelajar KV tiada SPM?
Ya, Pelajar KV
TIADA SPM. Tapi mereka WAJIB ambil BM dan Sejarah Setara SPM yang mana, dua
subjek ni boleh digunapakai untuk pelajar KV memohon utk bekerja dlm sektor awam
menggantikan SPM (ada pekelilingnya). Yang ni, pelajar KV ramai ambil mudah.
Sangat ramai pelajar KV gagal dalam dua mata pelajaran ni, secara tak langsung,
menggagalkan mereka dari sambung ke peringkat DVM jugak.
Tapi untuk
makluman jugak, SEMUA soalan Penilaian Akhir (final exam) yang diadakan pada
setiap hujung semester, adalah dikelola oleh Lembaga Peperiksaan sendiri.
Penggubal soalan dan Pemeriksa adalah yg pegawai dilantik oleh Lembaga Peperiksaan. Bukan cikgu
sendiri yg buat soalan.
Even result pelajar pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Bukan
bawah kolej. Yang menentukan pelajar lulus atau gagal, layak ke peringkat DVM
pun, Lembaga Peperiksaan. Kolej tiada kuasa dlm bab ni.
Ada yg
bertanya, lepas SVM boleh sambung diploma kat Universiti Awam (UA) ke? Tak boleh. Tapi diorang boleh
sambung ke peringkat DVM di mana2 KV lain yg menyediakan program yg sama.
Ataupun sambung diploma profesional @ bachelor eksekutif di Unirazak, KL
(IPTS), di mana ada laluan khas direka untuk graduan SVM/SKM/TVET
(Please refer
to latest update by KPM. According to some KV teachers, students now can
continue their studies in IPTA).
Sumber:
Dikongsi oleh seorang guru KV di FB
Sila rujuk
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk maklumat lanjut dan terkini untuk
segala pertanyaan tentang KV sebab admin bukan pakar dalam sektor ni ya
0 Comments