Apa yang kita dapat tengok gambar di atas ?
Tabiat menyimpan perlu dipupuk daripada kecil lagi. Namun, ramai di antara kita yang tidak mempunyai simpanan langsung.
Menurut kajian yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM),
3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan wang sebanyak RM 1 000 apabila berdepan dengan kecemasan.
Puncanya adalah daripada sikap yang tidak suka menyimpan, atau mungkin tidak tahu cara yang sebenar untuk menyimpan.
Tips ini bersumber daripada Usahwan muda iaitu Puan Nur Aliah Mohd Nor yang juga dikenali sebagai Lia Omey.
Rupanya Mudah Je Simpan Duit Gaji Kalau Guna Formula 50:30:20
Kajian menunjukkan hari ini kebanyakkan orang Malaysia hutang rumah dan kereta saja dah lebih dari 50%.
Ada 4 langkah penting untuk anda guna formula gaji 50:30:20 ini.
1. Pendapatan Bersih
Maksud pendapatan bersih ini , terbahagi kepada 2 :
- Kerja Biasa : Gaji - Bayar cukai - Bayar EPF = Pendapatan Bersih
- Kerja Sendiri : Pendatapan kasar - Belanja bisnes ( transpot, minyak, tol ,dll ) - Cukai Pendapatan = Pendapatan Bersih
Maksimum 50% kepada keperluan. Kenapa kena 50% pulak tak lebih ?
Kat sini kena faham apa beza keperluan dengan kemahuan.
50% keperluan ini maksudnya kos tetap iaitu bayaran yang mesti dibuat setiap bulan.
Contoh : Pinjaman pembiayaan rumah, kereta, sewaan, bayar takaful, dan bil - bil utiliti.
Bahagian ini juga untuk untuk menampung perbelanjaan2 asas seperti makan-minum, barang dapur, minyak kereta dan tol. JANGAN LUPA DUIT UNTUK MAK AYAH JUGA YAAA.
3. Terhadkan Kemahuan Sebanyak 30% Sahaja
Bahagian 30% pula untuk komitmen tidak tetap atau perbelanjaan yang berubah-ubah dan kurang penting.
Senang cerita 30% ini paling seronok sebab jarang ada bajet yang boleh kita letakkan bajet kemahuan.
Contoh: melancong, minum starbucks, shopping, tengok wayang dan keinginan nak tambah aksesori kereta motorsikal.
4. Simpan Atau Labur 20% Daripada Gaji
Ni paling penting, tarik je 20% untuk simpan dana kecemasan, simpanan persaraan, pelaburan dan perlindungan insurans takaful.
Dana kecemasan sekurang-kurangnya perlu ada 3 ke 6 kali gaji yang anda dapat sekarang. Contoh gaji RM2,000, dana kecemasan perlu ada atleast RM6,000.
Kalau mampu simpan lebih cuba paksa diri untuk simpan lebih. Kalau tak dapat follow je formula 50:30:20 ini.
Sebenarnya, perkara paling penting untuk guna formula ini adalah untuk kita faham dan tahu bezakan ‘keperluan’ dan ‘kemahuan’.
Contoh yang bergaji RM2,000 , pecahkan mengikut formula ini 50:30:20 iaitu
Keperluan 50% : RM1,000
Kemahuan 30% : RM600
Simpanan 20% : RM400
Nampak lebih jelaskan? Sebab itu la pentingnya formula ini supaya anda dapat menguruskan gaji anda dengan lebih baik lagi.
Nota tambahan : Formula ini sesuai untuk anda yang berpendapatan sederhana.
0 Comments