Apa itu Cash Back ?

     Cash Back merupakan ganjaran berbentuk wang di atas talian daripada anda membeli sesuatu atau pembayaran di atas talian

“Betul ke boleh dapat ganjaran dan duit kita balik? Macam tak percaya jer”


 
Data terbaru yang dikeluarkan Digital 2019 Southeast Asia, kini ada lebih daripada 400 juta pengguna internet di Asia Tenggara.

Ianya telah meningkat sebanyak 10% sejak 12 bulan lalu. Peningkatan ini kebanyakannya datang dari Indonesia yang merupakan salah satu populasi terbesar di Asia Tenggara.

Laporan daripada Techcrunch juga menyatakan purata pemilik telefon menggunakan 9 aplikasi setiap hari dan 30 aplikasi setiap bulan.


Di zaman sekarang, konsep affiliate telah banyak membantu iklankan bisnes orang lain tanpa mengeluarkan kos yang besar untuk pengiklanan. Daripada penjimatan inilah, semakin ramai orang mendapat manfaat dalam bentuk ganjaran dan cash back tersebut.

Kalau ikut trend, sekarang memang orang ramai lebih suka membeli secara online tanpa perlu kerap ke kedai.

 Aplikasi yang kerap digunakan untuk dapatkan ganjaran dan cash back


 1. Grab
 
Aplikasi ini sudah lama saya gunakan sejak namanya My Taxi lagi. Setiap kali penggunaan, kita akan dapat kumpul mata ganjaran dan naik level. Apabila sudah level Platinum, pesanan kita akan didahulukan.

Selain daripada itu, mata ganjaran ini juga boleh ditukar kepada rebat sebanyak RM5-RM20.

2. Boost

Disebabkan kawasan rumah dekat dengan stesen Shell, pembayaran minyak RM40 menggunakan aplikasi Boost ini kita akan dapat cash back sebanyak RM5. Itulah penyebab utama saya menggunakan aplikasi ini.

Kita juga boleh bayar untuk pelbagai perkara lain seperti bil utiliti dan makan di restoran. Saya pernah cuba bayar bil makanan di Nandos, ya dapat cash back dan dapat pelbagai ganjaran lain.


3. ShopBack

Aplikasi ini sangat bagus digunakan bagi mereka yang selalu shopping di Zalora, H&M, Watsons, Fashion Valet, Sephora, CottonOn, iHerb, Althea, Hermo, TouchnGo E Wallet, Shopee, Lazada, Agoda, Booking.com, Trip.com, Traveloka, Expedia, Fave, AliExpress dan banyak lagi.

Sebab kalau kita shopping melalui aplikasi Shopback ini, kita berpeluang dapat cash back dalam lingkungan 2%-30%.

Contoh kita shopping di Shopee dan beli barang yang bernilai RM500, dengan cash back 6%, RM30 masuk ke dalam akaun kita balik.

Itu baru satu kedai, kalau kita tempat bilik hotel, top-up eWallet, beli barang sana sini, lagi banyak pulangan yang kita akan perolehi.

\
4. Fave

Aplikasi Fave menawarkan penjimatan dan juga ganjaran bagi para pengguna. Saya sendiri gunakan Fave untuk dapatkan servis kecantikan dan pergi melancong,

Dan pelbagai lagi servis lain yang boleh dapat kita dapat dengan harga murah untuk pertama kali percubaan.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua.

*SEKIAN TERIMA KASIH*