Topik gaji seringkali menjadi topik hangat dalam kalangan fresh graduate. Ramai yang tertanya-tanya, barapakah bayaran yang perlu diberikan kepada meraka yang baru sahaja menamatkan pengajian di perikat ijazah?
Topik gaji ini semestinya menjadi titik tolak seseorang itu untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja. Tidak kiralah dalam sektor kerajaan mahupan swasta. Dan buat yang baru bekerja anda disarankan mempunyai simpanan sekurang-kurnagnya 6 bulan gaji. Huishhh macam mana pulak tu? Macam sussah je kan?
Tapi
sebenarnya semua itu boleh direalisasikan jika anda menguruskannya
dengan betul. Jom ikuti tips yang sangat berguna oleh Syafieqah
A'lya ini :
Gaji bersih RM1800
Komitmen bulanan :
Motor RM280
Duit poket parents RM150
PTPTN RM100
Miscellaneous RM200
Takaful RM80
Jumlah bersih RM990
Komitmen bulanan :
Motor RM280
Duit poket parents RM150
PTPTN RM100
Miscellaneous RM200
Takaful RM80
Jumlah bersih RM990
1. Simpan 6 bulan gaji
Permulaan
bekerja anda disarankan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan
gaji. Banyak? Mula simpan sikit-sikit, ianya penting sebagai simpanan
kecemasan, jika anda diberhentikan kerja atau berhenti kerja.
2. Buat kiraan
RM1800 X 6 bulan = RM10,800
RM10,800 / 24 bulan = RM450 ✖️
RM10,800 / 36 bulan = RM300 ✖️
RM10,800 / 48 bulan = RM225 ✔️
Anda kena simpan RM225 sebulan untuk capai 6 bulan gaji dalam tempoh 4 tahun. Anda rasa lama nak tunggu sampai 4 tahun? Anda kurang kan jadi minimum simpanan 3 bulan gaji:
RM1800 X 3 bulan = RM5,400
RM5400 / 24 bulan = RM225 ✔️
RM10,800 / 24 bulan = RM450 ✖️
RM10,800 / 36 bulan = RM300 ✖️
RM10,800 / 48 bulan = RM225 ✔️
Anda kena simpan RM225 sebulan untuk capai 6 bulan gaji dalam tempoh 4 tahun. Anda rasa lama nak tunggu sampai 4 tahun? Anda kurang kan jadi minimum simpanan 3 bulan gaji:
RM1800 X 3 bulan = RM5,400
RM5400 / 24 bulan = RM225 ✔️
3. Apply ASB
Pada
tahun berikutnya, anda mula apply ASB financing RM30K untuk tempoh 30
tahun. Bulanan RM165 tanpa takaful. Anda kekalkan pelaburan ini selama
tempoh 3 tahun tanpa ambil dividen dan batalkan pelaburan.
Hasilnya baki
prinsipal + dividen terkumpul = RM1350 + RM7,009 = RM8,359✔️
4. RM100 sebulan simpanan cash
Dalam
tahun yang sama apabila anda apply ASB Financing, anda juga mula simpan
RM100 sebulan sebagai simpanan cash anda di ASB. Bermakna simpanan
bulanan anda adalah RM265. Hasil simpanan selepas 3 tahun adalah
RM4,017✔️.
5. Beli rumah pertama kurang RM100 ribu
Pada
tahun kelima juga simpanan epf akaun 2 anda ada jumlah lebih kurang
RM10,000✔️. Gunakan duit ini untuk beli Rumah pertama yang berharga
kurang RM100K. Tak jumpa? Cuba cari. Mesti jumpa.
6. Simpanan keseluruhan
Hasil simpanan keseluruhan adalah:
Simpanan kecemasan: RM5400
Pembiayaan ASB financing: RM8,359
Simpanan cash di ASB: RM4,017
Epf akaun 2: RM10,000
Jumlah: RM27,776✔️
Simpanan kecemasan: RM5400
Pembiayaan ASB financing: RM8,359
Simpanan cash di ASB: RM4,017
Epf akaun 2: RM10,000
Jumlah: RM27,776✔️
7. Simpan untuk masa depan
Gunakan
duit ini sebaiknya. Lebih baik lagi apabila bakal pasangan juga
mempunyai simpanan yang lebih kurang sama. Anda berdua akan dapat jumlah
cash RM54K. Seronok kan. Jangan guna untuk enjoy sakan. Simpan pula
untuk masa depan.
8. Cari pendapatan tambahan
Anda
rasa susah juga nak follow tips ini. Anda di sarankan cari tambahan
pendapatan. Kos sara hidup makin tinggi bukan untuk dirunguti tetapi
mengatasi.
9. Reward diri yang sudah penat bekerja
Anda
tahan kehendak anda sementara untuk miliki rumah dan berkeluarga. Jika
bakal pasangan tak boleh tunggu 5 tahun. Anda adjust lah sampai cukup
duit untuk kahwin dan miliki rumah pertama. Jangan banyak berfoya-foya
sekali sekala pergi travel tidak mengapa. Reward lah diri anda yang
penat bekerja.
10. Berusaha bina masjid
Kita hanya mampu merancang selebihnya Tuhan yang tentukan. At least kita berusaha untuk bina masjid dengan si dia.
0 Comments